Minggu, 24 Juni 2007

TETAP SEMANGAT

"JADIKAN HARIMU LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA" 4JJ1 AKBAR

Rabu, 30 Mei 2007

insan

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN

PEDOMAN SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA: Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati "Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya" Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian. 08:55 Posted in MUTIARA KATA | Permalink | Email this 29/11/2006 Koleksi Mutiara Kata Mutiara Kata Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati... SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa" "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN. Senarai Pedoman | Laman Utama